SEPTEMBER 2023

Premier Rasmi Majlis Amanat Integriti 2023


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Amanat Integriti 2023 dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Ketika berucap dalam majlis tersebut, Abang Johari berkata (3) tiga komponen penting perlu diselami dan diamalkan oleh rakyat Sarawak dalam memantapkan lagi semangat berintegriti di negeri ini.

Menurutnya, tiga elemen itu ialah berkhidmat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, tatacara bekerja dan akauntabiliti.

"Oleh itu, saya berharap agar rakyat dan penjawat awam sama-sama melihat bagaimana kita dapat mengukuhkan semangat integriti di Sarawak," ujarnya.

“Jika kita patuh kepada undang-undang, kita akan mampu mengangkat kualiti kepimpinan dan dengan kualiti kepimpinan itu, Allah akan menganugerahkan ciri-ciri kehidupan yang baik.

“Patuh kepada undang-undang itu adalah seperti patuh kepada amalan berkuasa bagi seorang muslim. Jika kita berkuasa sepenuhnya, kita akan mendapat pahala daripada Allah dan begitu juga disebaliknya,” tegas beliau.

“Bersikap kebertanggungjawaban pula, rakyat akan menaruh kepercayaan kepimpinan kita dan yakin dengan tadbir urus yang baik,” katanya sambil menegaskan, beliau dapat bertahan (berkhidmat) selama 43 tahun sebagai wakil rakyat kerana mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Integriti 2023 dan Perasmian Persidangan Integriti Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sumber dari : Sarawakku